Sandakan merupakan bandar kecil di Sabah. Saya ke sana selama seminggu menjalankan 2 sesi latihan, HIV/AIDS di Tempat Kerja dan Training of Trainers. Sempat juga memantau Bengkel HIV/AIDS 101 kepada pelajar² kolej kejururawatan di sana.
Di mana pun saya pergi, polanya sama. Ramai peserta program datang dan rasa mereka tahu apa itu HIV/AIDS. Tetapi tak sampai 2 minit memulakan sesi banyak pulak soalan yang ditanya. Maksud saya bukanlah tak boleh, tetapi alangkah bagusnya jika mereka boleh datang dengan niat untuk menambahkan ilmu dan menyampaikannya kepada orang lain? Saya rasa bengkel/latihan/seminar akan lebih berkesan jika peserta datang dengan niat untuk menambah apa yang kurang dan berkongsi pengalaman hidup. Ini kerana latihan adalah berkenaan penambahbaikan. Seharusnya selepas setiap sesi latihan kita jadi semakin baik dan bukannya tiada apa-apa perubahan.
Hari Pertama bermula dengan HIV/AIDS 101 untuk bakal² jururawat. Sesuatu mengenai latihan yang saya sangat suka ialah interaksi yang berlaku sesama manusia. Kita tak pernah berjumpa tetapi dalam masa yang singkat kemesraan itu seperti sudah kenal lama. Begitu juga peserta kali ini yang tidak mengambil masa yang lama sebelum bilik latihan mencetuskan suasana selesa dan semua orang sudah tersenyum dan tahu nama kawan² baru. There are no strangers in this world. Only friends we've never met. ;-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan