Oktober 01, 2009

Benda ni dah lama aku buat. Tapi baru sekarang rasa nak upload. ATV ni kat Kg. Kemensah. Dekat Zoo Negara tu. Ok la tempat dia. Bersih. ATV nye pun boleh tahan. Ada la dalam 20 biji. Mula-mula sampai kami disambut dengan sarapan pagi. Pe lagi, makan la! :-)



 
Abg Koboi yang baik ati! :-)



Lepas dengar briefing maka perjalanan pun bermula. Mula-mula tak senang jugak nak control benda alah ni. Tapi dah 10 minit gitu dah ok dah. ATV ni rasa macam bawak motor je. Ada yang manual, ada yang automatik. Aku nak manual la. 



 

Sampai kat air terjun (kalau boleh dipanggil air terjun la) kitaorang pun berhenti. Mandi² lebih kurang. Makan. Masa makan ni ada la insiden yang agak menyayat hati. Aku dah bahagikan dah makanan tu elok. Beli nasi lemak, so ada yang bawak nasi nya, lauk nya, sambal nya etc. Tapi ada satu makhluk sudah tinggalkan satu pek untuk vegetarian tah kat mana. Kesian la kawan² yang vegetarian makan nasi kosong je! Kesian aku tgk terkial-kial menyuap nasi jek, takde lauk, takde sambal. Sambal pun tertinggal sekali. Alahaiiii.. :-((


Anyway, trip ni walaupun dekat dan simple, kira seronok jugak la. Kebanyakan kami memang pertama kali naik benda alah ni. Secara peribadi saya kira ini pengalaman menarik. Tapi ini antara benda yang saya akan buat cuma sekali. Kepada yang berminat google aje la "ATV Kemensah" insyaAllah jumpa. :-)

September 30, 2009

Bahagia boleh datang dengan pelbagai cara. Ada yang bekerja macam nak mati, hujung bulan shopping bagai nak rak. Aaahh retail therapy. Bahagia. Ada orang belikan basikal anak, tgk anak-anak girang bergelak ketawa, bahagia rasanya hati. Ada suami belikan isteri cincin permata, tgk isteri senyum meleret, bahagia hati. Ada orang bahagia dengan apa yang dilakukannya sekarang (macam saya). Tak perlu cari kerja lain, tak perlu pergi temuduga, semua cukup, apa yang ada. Pun macam saya.


Ada orang dapat sms pun dah bahagia. Walau berapa patah saja perkataannya. Cukup buatkan hati berbunga-bunga. Macam saya. Apakah? :-)

Lin hari ni bukan Lin yang semalam lagi...


Lin hari ini sudah berambut baru! pheewiitttt!!! :p:p

September 29, 2009

Pagi ni saya di UEM Academy untuk MWS Showcase September. Penat jugak baru balik dari KT semalam. Showcase ni memang setiap bulan diadakan sebagai platform kepada Licensed Trainer (Pro) yang baru mengendalikan tajuk mereka di hadapan klien yang dijemput. Salah satu kekuatan MWS ialah mereka mampu menyediakan satu platform untuk trainers melancarkan karier mereka. Klien yang dijemput bukanlah calang² dan mereka datang untuk melihat sendiri bagaimana seseorang trainer itu mengendalikan latihan. Ini satu peluang yang sangat baik bagi seseorang trainer untuk membina rangkaian dan memperkenalkan diri mereka kepada klien baru.


Amanda memperkenalkan apa itu MWS.

Sesuatu yang paling saya suka dalam MWS ialah teknik NLP yang dinamakan "Framing" yang digunakapakai dalam setiap sesi latihan. Ini membuatkan peserta lebih bersedia dan terbuka dalam menerima trainers yang bakal berkongsi pengalaman dengan mereka. Trainers akan berasa selesa kerana peserta sudah di"frame"kan untuk bersikat lebih bersedia untuk satu² sesi.

 
Allan in action!



MWS bukan sahaja interaktif tetapi amat menggalakkan suasana latihan yang melibatkan peserta. Peserta akan dibawa melalui satu perjalanan yang meneroka bukan sahaja diri mereka tetapi dengan orang yang berinteraksi dengan mereka dan organisasi tempat mereka bekerja. Sudah tentunya dalam suasana yang seronok, aktif dan meriangkan.





Setiap Showcase akan diikuti dengan sesi Pelan Perniagaan. Bagaimana MWS boleh membantu trainers dan organisasi membina perniagaan mereka sendiri.


Eddie in action!

Sesi ini memberi peluang trainers meneroka dunia MWS untuk sama² memperbaiki Pelan Perniagaan dan Kemahiran Latihan dalam industri latihan.



Berminat menjadi trainer atau ingin melihat bagaimana MWS boleh membantu organisasi anda menjimatkan 80% dari budget latihan? Klik sini

September 28, 2009

yang penting kita buat

 

Bahagian terakhir untuk kursus ini adalah Pelan Aksi. Sesuatu yang sangat tipikal dalam bengkel-bengkel anjuran Kerajaan atau pun agensi-agensi kerajaan. Saya cuma berharap pelan tidak hanya tinggal pelan dan semua orang boleh beraksi. Kalau tak kita namakan aje lah Perancangan. Tak payah buat apa-apa. Rancang aje. Senang kan? 

Yang best : 
Tengok Imam-Imam berbincang hangat pasal HIV. Semangat!


Yang tak best : 
Tengok Imam hisap rokok macam naga! (semangat jugak!) :p



September 27, 2009

latihan di tepi waterfront




Flght delayed. Tapi lepas tu semua ok. Felda Residence ni boleh tahan. Bandar KT. Tepi sungai. Kemas. Yang bestnye...



i like! ^_^
  
view from the Lobby


 
Kedatangan sangat bagus. lebih kurang 90 orang. Cayalah Imam-Imam Ganu! ;-)

Ustaz Ismail cakap, kita manusia ni jarang diuji.  Jadi tak boleh cakap kita tak akan buat apa yang orang tu buat. "Saya cakap saya tak kena HIV sebab saya baik. Tapi saya belum diuji. Saya tak kerja dengan pekerja seks. Cuba saya dekat dengan Golok. Mau dengan saya pun kena (HIV) sekali. Hahahaha." Betul jugak ye. :-)

 
Dah lama jugak saya cari Ustaz yang macam ni. Faham isu masyarakat dan boleh blend dengan pendekatan Islam yang hikmah dan tidak mendiskriminasi. Dia fokus kepada benda yang betul. Contoh-contohnya tepat dan tentunya penceramah hebat!



Cuma saya terfikir kalau lah sesi macam ni boleh mengambil pendekatan aktiviti dan lebih melibatkan peserta saya rasa ianya akan lebih berkesan dan peserta akan mengingatinya dengan lebih lama. Apatah lagi kalau di NLP kan. Saya percaya kesannya lebih baik. 

Saya bercakap dengan pegawai pihak penganjur mengenai program susulan. Saya sentiasa percaya kalau sesuatu latihan itu tidak ada susulan, sia-sia je la. Sedih jugak dengar bila pihak penganjur cakap tak cukup kakitangan dan tak cukup pengalaman. Saya harap cadangan kerjasama saya diterima. Saya percaya saya boleh melakukannya dengan lebih berkesan. 

 


September 26, 2009

klia ke kuala terengganu




kemaskini ini berharga 10 hengget untuk 50 minit. ahhh..senangnya buat duit. 

Tim menulis mengenai Hooters di Malaysia. Ye ke? Baca kat sini. :-)
Gambar² dia mak aiiii..!! Kalau sape yang tau kat mana kopitiam ni bagitau aku hokkayy.. ^_^